Sunday 17 May 2015

Air Kangen Water adalah air beralkali yang berupaya menstabilkan kesihatan tubuh

Air Kangen adalah air beralkali yang bukan ubat tetapi ia berupaya menstabilkan keadaan pH tubuh.
Air Alkali Kangen
"Air kangen bukan ubat ia hanya menjadikan keadaan dalam badan kita lebih optimum untuk metabolism sel dan utk enzim berfungsi lebih bagus dan teratur dengan secara tidak lansung mencepatkan pemulihan penyakit dan mengelakan penyakit lain timbul dengan izin Allah.." Dr Sulaiman
Bolehkah air beralkali Kangen menjadi penawar?
8 SEBAB KENAPA AIR ALKALI KANGEN PENAWAR KESIHATAN TERBAIK??
Apabila bercakap tentang air minuman yang terbaik untuk tubuh, masih ramai yang belum mengetahui tentang hal ini. Ini kerana sebahagian besar pengetahuan kita hanya tertumpu kepada fungsi asas air minuman sahaja iaitu air sebagai penghilang dahaga, namun peranan air adalah lebih daripada itu.
Jika anda memerlukan air minuman yang terbaik, anda memerlukan air yang menyihatkan malah boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan. Jawapannya ada pada air alkali Kangenair alkali Kangen Water mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.
Pada kebiasaannya apabila kandungan asid tinggi di dalam badan, ia boleh menyumbang kepada penyakit. Selain itu, tabiat pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat juga menyumbang kepada keasidan di dalam badan.
Tahap PH yang berbeza air kangen - Air Alkali Kangen
Berikut adalah beberapa khasiat air alkali Kangen Water yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kesihatan badan:
  1. Air alkali Kangen meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan
Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid. Antaranya daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat yang mampu merendahkan nilai pH di dalam badan justeru meningkatkan tahap keasidan di dalam badan.
Walaupun asid diperlukan oleh badan contohnya dalam sistem pencernaan bagi mencernakan makanan, namun kandungan asid yang berlebihan dan tidak terkawal boleh mengundang penyakit.
Menurut Dr.Mona Harrison, Pengarah Majlis Air Antarabangsa “Virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam persekitaran alkali. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat akan bersifat asid.”
Oleh itu, air beralkali Kangen boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya pH badan kembali beralkali.
  1. Air alkali Kangen menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan dengan berkesan
Toksin kebiasaanya merupakan lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia datang daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuhan. Ia perlu dikeluarkan segera dari dalam badan kerana ia boleh memudaratkan badan serta mendatangkan penyakit.
Air beralkali Kangen adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh. Ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak kerana ia mudah diserap di dalam sel-sel badan dan lebih berkesan untuk menyingkirkan toksin.
  1. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air
Molekul air beralkali Kangen adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat dikurangkan.
Proses ini dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh badan dan kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel-sel badan tidak akan dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan.
Dengan meminum air beralkali Kangen, anda akan mendapat keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah boleh memberikan kesihatan yang optimum.
  1. Kanser tidak dapat hidup di dalam keadaan beralkali
Tahukah anda bahawa kanser boleh hidup di dalam keadaan yang kurang oksigen? Menurut Dr. Otto Warburg yang telah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1923 telah menemui punca kepada berlakunya kanser di dalam tubuh badan. Beliau mendapati bahawa sel kanser adalah anaerobik (tidak bernafas dengan oksigen) dan tidak boleh hidup di dalam keadaan oksigen yang tinggi.
Keadaan oksigen yang tinggi adalah keadaan di mana tubuh badan yang mengandungi ion hidroksi yang tinggi yang juga dikenali sebagai beralkali. Apabila badan dipenuhi dengan air alkali Kangen, sel-sel kanser akan tidak aktif dan tidak boleh hidup di dalam medium tersebut.
  1. Penawar kepada masalah kesihatan
Menurut kajian dari Universiti Gifu, Jepun mendapati bahawa air beralkali Kangen mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu seseorang yang mengalami masalah gastrik, cirit-birit dan angin yang berlebihan.
Jika seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti kanser, masalah kencing manis, hipertensi dan strok, dengan mengamalkan air alkali Kangen, ia mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan serta dan seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami. Ini kerana badan kita dapat menyerap sumber mineral yang terkandung dalam air alkali Kangen dan membantu meneutralkan kadar asid dalam badan.
  1. Air alkali Kangen adalah ejen antioksidan yang unggul
Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di sini adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.
Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan diperlukan untuk ‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan menggabungkan elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal bebas ini.
Air alkali Kangen mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.
  1. Air alkali Kangen membantu pengurangan berat badan
Detoksifikasi merupakan langkah terbaik untuk membersihkan bahagian dalaman badan daripada toksin yang mengundang kepada masalah kesihatan. Air alkali Kangen mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik.
Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.
Air beralkali Kangen mampu membantu untuk mengurangkan masalah berat badan dengan meneutralkan asid-asid yang berlemak seterusnya menyingkirkan dari tubuh badan.
  1. Keajaiban Perubahan Pada Molekul Air Setelah Didoakan
Air juga mampu memberikan kesan positif kepada badan apabila dibacakan sesuatu perkataan kepadanya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendapati kristal air boleh berubah apabila dibacakan sesuatu ayat dengan perasaan tertentu.
Apabila air dibacakan dengan perkataan ‘cinta’, ‘aman’ dan apa-apa perkataan yang positif, kristal air akan berbentuk seperti hablur yang indah dan cantik. Namun, apabila air dibacakan dengan perkataan negatif seperti ‘benci’,’sedih’ dan ‘perang’, kristal air akan menghasilkan bentuk yang tidak menarik dan terpecah-pecah.
Penemuan ini membuktikan bahawa air boleh menyimpan memori dan dapat mempengaruhi manusia berdasarkan ayat-ayat yang dibacakan kepadanya.
Fenomena ini juga sinonim dengan amalan air jampi umat Islam yang membacakan ayat-ayat suci al-Quran pada air. Sememangnya kalimah Allah boleh memberikan kesan positif kepada pengamalnya apabila air tersebut diminum sesuai dengan air yang menjadi sumber kepada benda hidup seperti yang diceritakan di dalam al-Quran di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 30 yang bermaksud,“Dan daripada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup”.

Secara ringkasnya, air alkali Kangen Water memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan yang berupaya untuk sentiasa berhidrasi, mencegah dan membantu merawat pelbagai masalah kesihatan yang kronik. Dengan menggantikan air mineral biasa dengan air alkali Kangen Water sebagai minuman harian, ia adalah langkah yang lebih baik kerana ia mengandungi sumber mineral yang bermanfaat untuk kesihatan badan.


Produk Jepun - Air Alkali Kangen
Air Kangen merupakan produk inovasi dari Jepun.
IMG-20150307-WA0013[1] - Air Alkali Kangen

Kredit : bantalibu.com
https://www.facebook.com/MasterKangenWater
www.kangenmaster.biz

A-9d6_GCcAI7P67.jpg large

No comments:

Post a Comment